Thursday, January 27, 2011

Forum Perdana bukan Islam

Sejak kebelakangan ini, Fahrin Ahmad sering muncul di depan mata. Bukan kerana saya tergila-gilakan dia sampai angau, tapi kerana Fahrin asyik muncul sebagai pengacara Forum Perdana.

Kalau perasan, forum malam Jumaat yang biasanya dihadiri penonton bertudung litup dan jejaka tampan bersongkok serta berkopiah telah banyak berubah. Penonton dari pelbagai golongan berpakaian santai. Siap ada hiburan - ala-ala nyanyian pembukaan. Tajuk juga lebih umum, berkisar hal masyarakat. Malam ni tajuknya "buat-buat lupa" aka "kacang lupakan kulit" atau bahasa terus terangnya "bila nak bayar hutang PTPTN?". Luahan PTPTN yang kecewa dengan peminjam yang melarikan diri dari membayar hutang.

Rupa-rupanya ini ekoran dari tajuk acara "Forum Perdana" tanpa "Islam" mengekori dibelakangnya.

Monday, January 24, 2011

20 tips menghilangkan bosan dengan berkesan

Apabila masa luang terlalu banyak, timbul pula masalah untuk mengisi masa tersebut. Pening juga memikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai agar terisi dengan bermanfaat. Mana larat kalau asyik tidur-bangun-makan-tidur-bangun-duduk dalam bilik-masuk dapur-tidur kat ruang tamu-masuk sambung kat bilik lagi.

Antara perkara yang boleh dilakukan jika terasa bosan mengulang kitaran tidur-bangun-makan-tidur-bangun-duduk dalam bilik-masuk dapur-tidur kat ruang tamu-masuk sambung kat bilik lagi.

1. Kemas almari. Sekurang-kurangnya ada baju-baju lama yang boleh dikeluarkan dan menambah ruang almari yang dah padat.

2. Sental bilik air. Sambil-sambil mandi, aktiviti menyental bilik air boleh memberi kepuasan yang tak terucap. Lepas ni, akan rasa lebih bersemangat untuk masuk bilik air kerana dah bersih berkilat dan harum. 

3. Hubungi rakan sekolah menengah. Kenapa? Rakan sekolah menengah adalah rakan zaman remaja. Zaman remaja kan zaman yang paling seronok. Jadi, bertemu/berhubung kembali dengan rakan sekolah menengah akan mengembalikan keseronokan itu.

4. Sental periuk/kuali/cerek.

5. Mop lantai rumah. 

6. Cari hobi baru -- tanam pokok bunga, menjahit, mengait dsb.

7. Baiki sinki tersumbat.

9. Melawat saudara-mara. Tak kira saudara yang kenal rapat atau yang tak berapa rapat.

10. Gunting rambut. Kenapa?? Gunting rambut untuk gaya baru, cuba lari dari kebiasaan untuk hilangkan kebosanan dan rasa...Wahhh, bestnya rambut gaya baru ni, terasa lebih muda ;p. selain itu, kepala yang berat akan terasa lebih ringan.

13. Kutip sampah di pantai. Mulia sungguh buat kerja amal sebegini. Ke arah menghijaukan bumi dengan menjaga kebersihan. (sama seperti usaha pihak pengurusan Shaklee yang mementingkan keselamatan dan kebersihan alam sekitar melalui program "Go Green").

14. Jika anda suka memasak dan suka makan, dan ada orang yang boleh menghabiskan makanan tersebut bersama-sama, cubalah resepi-resepi baru untuk memeriahkan dapur anda. Zaman sekarang, tak perlu susah-susah beli buku resepi atau mengadap ketua chef, semua resepi dah ada di hujung jari. Tinggal petik saja papan kekunci, resepi yang dicari akan muncul berduyun-duyun di laman pakcik Google.

15. Bercuti ke tempat-tempat menarik di sekitar anda. Plan yang tiba-tiba lebih menarik daripada percutian yang telah dirancang lama.

16. Jalan-jalan cari makan.
17. Kumpul barangan lama dalam rumah yang boleh dibuang/di sedekahkan  atau dikitar semula. Setiap dari kita memang ada penyakit suka kumpul barangan-barangan yang sebenarnya tak di guna pun. Penyakit sayang nak buang kotak, kot-kot nak guna nanti, sayang nak buang flyers kot nak rujuk nanti, sayang nak buang baju-baju lama kot boleh diguna sebagai kain buruk nanti. Akhirnya, rumah jadi tong sampah.

18. Melawat rumah anak yatim.

19. Cuba menoreh. (Getah kan mahal sekarang ni).


20. Mengemas peti sejuk. Anda pasti teruja kerana mungkin ada sisa makanan yang dah lama beku dan melebihi tarikh luput.

Ok, cukup 20 tips.

Thursday, January 20, 2011

Tetap fokus untuk berjaya

Hari Thaipusam, hari cuti. Hari cuti adalah hari untuk bersuka ria. Lepak dan santai di rumah. Di kala bersantai, tiba-tiba teringat ada barang yang perlu dipulangkan kepada tuan empunya. Dah seminggu peram barang orang ni.

Tanpa membuang masa, kunci kereta dicapai. Niat mahu segera memulangkan barang tersebut. Sambil memandu, nombor pemilik didail. Sebelah tangan memegang telefon, sebelah tangan tetap di stereng. Panggilan dijawab dan pemilik berkenaan mahu barang itu dipulangkan esok sahaja. Ok, saya setuju. Pada waktu itu, niat hati mahu buat pusingan U dan pulang ke rumah. Sekali, terlepas simpang. Stereng lupa dipusing, lalu kereta bergerak lurus ke depan. Maka, terpaksalah cari simpang kedua untuk buat pusingan U. Malang sekali, ada banyak kereta di sini dan saya terpaksa membelok ke kiri dan cari jalan lain untuk kembali ke jalan mula-mula tadi.

Aduh, akibat hilang fokus semasa memandu menyebabkan saya terlepas 2 simpang. Saya tak berjaya pulang ke rumah melalui jalan terdekat. Terpaksa pula buat satu bulatan besar nak balik ke rumah sendiri.

Dalam melalui kehidupan ini, keadaan yang sama sering berlaku. Hilang fokus dalam mengejar matlamat menyebabkan target yang mahu dicapai jadi lebih sukar dan lama.

Hilang fokus belajar, gagal di pertengahan semester lalu terpaksa mengulang subjek yang sama pada semester akan datang. Orang lain dapat ijazah dalam masa 4 tahun, kita dapat ijazah selepas 6 tahun!

Jika mampu kembali fokus memang kira bernasib baik, yang malang jika hilang fokus selamanya, seperti sesat yang tiada jalan pulang.