Tuesday, August 9, 2011

Cukup duit, cukup makan, bersyukurlah

Si miskin sakit tidak makan kerana tidak berduit,
Si kaya sakit terlebih makan kerana banyak duit.

Ada yang terus-terusan sakit kerana tak ada duit,
Ada yang sudah sembuh kerana berduit

Ada yang menjadi pencuri kerana hidup terlalu sempit tak berduit
Ada yang lagi galak mencuri walau punya duit berbukit

Ada yang rasa cukup dengan seringgit
ada yang belum puas walau mengumpul duit setinggi langit

Ada yang jadi mulia dan dimuliakan kerana duit
Ada yang jadi hina dan dihina kerana duit

Ada yang berhati tenang walau tak berduit
Ada yang berhati walang kerna banyak duit

Ada yang dipuji kerana duit
Ada yang dikeji kerana duit

Ada yang sanggup memusnahkan orang lain kerana duit,
Ada yang jadi hamba bersyukur dan ada yang jadi kufur kerana duit.

Ramadhan ini, yang berduit perlu menghulur pada yang tak berduit
Walau nilainya mungkin cuma 7 ringgit
Pasti yang menerima bersyukur dengan wang yang dititip
Dengan doa agar dilimpah rahmat yang bukan sedikit

*Kerana nak jimatkan duit sendiri dari beli IPAD2 maka:

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Halen dan Almiraz dan ditaja oleh Adorable Muslimah