" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut, dan daripada sifat kedekut, aku mohon perlindungan-Mu daripada ditimpa penyakit nyanyuk serta aku mohon perlindungan-Mu daripada fitnah dunia dan azab kubur".
Amin...
Pagi tadi, sebelum bersiap ke pejabat (kilang), sempat jugak belek2 buku Ustaz Zahazan "101 Doa daripada hadis-hadis sahih". Terbaca pulak doa kat atas. Mula-mula baca tajuk, dah excited nak kongsi doa ni ngan kawan-kawan..ye lah, boleh elakkan penyakit yang dibawa nyamuk kan especially aedes yang boleh membunuh. Tapi bila baca maksud doa, takde pulak disebut "nyamuk" dalam doa ni. Kompius betul. Rupa-rupanya, silap baca. Nyanyuk disilap baca "nyamuk".
Ayoyo!!!
Friday, November 6, 2009
Sunday, November 1, 2009
Dear diary...
Lama tak menulis. Sampaikan tak tau nak mengatur perkataan jadi satu ayat lengkap, betul tatabahasa dan sampai maksudnya. Parah dah ni. Kalau tulis tangan lagi la, cakar ayam pun nampak lagi cantik.
Tapi takpe. Nak jugak melengkapkan satu entry hari ni. Biasanya, entry yang nak ditulis bermain di kepala, tapi bila cuba nak tulis, idea tersumbat, kemudian hilang lesap entah ke mana.
Jadi, hari ni, sementara idea masih menari-nari di kepala, elok jugak melarikan jejari di papan kekunci, membentuk satu entry. :)
Ahad. Esok keje. Semalam cuti. Hari ni pun masih cuti. Cuma esok perlu mula kembali ke tempat kerja. Dan bekerja.
2 hari cuti di hujung minggu, sangat gembira melalui dua hari yang bernilai ni :). Saya sangat suka hujung minggu! Saya sangat2 suka cuti.
Ok, saya sedang menulis sambil tengok tv. TV2-Dear Diary. A good story to watch, sambil menilai isi cerita dan menambah nilai hujung minggu yang bahagia ini. Chewahhh!!!!
Antara pengajaran yang dapat saya simpulkan dari cerita ni..
1. Kasih ibu sepanjang hayat. Walau ke mana ibu dibuang, bila anak melutut mintak ampun, senang2 dia memaafkan. Dan kasih ibu tak pernah surut.
2. Kita senang berkata "tidak" bila diberi pilihan yang sukar, kerana kita takut untuk menjayakan pilihan tersebut. Padahal, ianya boleh dilalui. Dan mungkin kita lebih bahagia jika memilih jalan yang kelihatan sukar pada penilaian kita pada masa tersebut. (aku pun payah nak paham point yang ni, ayat kelam kabut.)
3. Walau sebesar mana pun marah yang kita simpan, cara terbaik untuk memadamkan api marah dan dendam adalah dengan memberi kemaafan. Ianya amat sukar but still do-able. Dendam tak membawa ke mana, melainkan buat kita makin sakit. Jadi, kemaafan adalah ubat terbaik!
4. Kita paling mudah terluka oleh orang yang paling hampir di hati kita. The closest one will hurt you the most! really.
Ok, itulah yang dapat saya kutip sepanjang 2 jam melayan cerita ni :). Ianya kisah seorang wanita kulit hitam yang menyerahkan seluruh hidupnya pada suami tercinta hingga sanggup meminggirkan keluarga sendiri. Ibu dihantar ke pusat jagaan orang tua dan ahli keluarga lain tidak lagi diambil peduli kerana menjaga taraf suami yang tinggi. Dia akhirnya diceraikan suami selepas 18 tahun mengikut telunjuk suami, ditinggalkan kerana suami yang dikasihi sepenuh hati ada perempuan lain. Bukan setakat perempuan lain, tapi jugak anak2 dari perempuan tersebut. Dia diheret keluar dari rumah sendiri, tanpa belas dari suami yang berstatus tinggi!
Dari situ, dia menyedari betapa banyak kesilapan yang telah dilakukan. Lalu, dia mencari kembali keluarga, dan mengutip semangat dari mereka.
Akhirnya dia bahagia dengan pemandu lori :). Pemandu lori bukan sebarangan ni, tapi pemandu lori bervisi. Hehe. Sekian ulasan dari saya.
Sekarang dah pukul 6 petang, lagi 12 jam untuk melalui rutin hari-hari bekerja. Semoga minggu ini dapat dilalui dengan dada yang lapang. Amin.
P/S: anda suka entry ni? sila tinggalkan comment anda di comment box...mungkin saya akan lebih bersemangat untuk menambah entry yang seterusnya selepas ni :)

Monday, July 13, 2009
Cantiknya Dhuha
"Ya Allah! Sesungguhnya waktu dhuha itu adalah waktu dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah! Jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram makan sucikanlah, dan jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh."
Cantik kan doa ni? Semua kecantikan, keindahan, kekuasaan, kekuatan adalah milikNya. Yang ada pada kita cuma pinjaman je. Tempoh pinjaman pun mungkin tak lama. Terserah pada keimanan dan ketakwaan kita untuk mensyukuri segala kurniaanNya.
Dalil solat Dhuha:
Daripada Abu Hurairah r.a katanya: "Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa 3 hari dalam setiap bulan, solat dhuha 2 rakaat dan solat witir sebelum tidur."
-Riwayat al-Bukhari dan Muslim-

Tuesday, July 7, 2009
Stress
Anda stress?? Ye, saya selalu stress. Tapi rupa-rupanya bukan saya sorang je yang stress. Ada ramai dan banyak lagi yang stress? Banyak? Ye, banyak.
Selain aku, rupanya ayam, itik, udang, ikan pun stress jugak. Mereka2 ini adalah ternakan komersil yang biasanya akan diangkut dari tempat pembiakan ke pasaran. haruslah ayam tu stress naik lori berjam-jam lamanya. Bersesak bersusun dalam lori yang panas. Tak kena gaya, mati stress dalam lori sebelum sempat tauke ayam dapat untung. Sama juga keadaannya dengan itik, udang, ikan dan yang sewaktu dengannya.
stress x baca entry yang macam ni?

Sunday, June 21, 2009
Gembira di hujung minggu
Apa isi yg sesuai untuk tajuk kat atas tu?
Aku saja-saja merajinkan diri menconteng kat blog ni. Dah berbulan terbiar. Jadi macam tanah tinggal. Dah penuh lalang agaknya. Kalau serai yang tumbuh ok jugak. Boleh jual kat pasar malam.
Hari2 kebelakangan ni, aku agak rajin menggodek resepi2 di Myresepi, maklumla baru ada oven (bukan Avon ye) dan sedikit teruja tgk gambar2 makanan sedap di page Fini (Fini tersenyum sendirian membaca ayat ini...sambil berkata, kelakar lah Yong ni). Nak jugak try buat roti, kek yang sedap2 di hujung minggu. minggu lepas aku try buat roti ala2 Roti Boy. Minggu ni pulak try buat oreo cheese cake.
Hebat tak bunyi tajuk resepi tu? kekeke.
Untuk resepi pertama, hasil dia bukan lah Roti Boy seperti yang diharapkan tapi Roti Ban (bantut). Sebabnya aku tak jumpa tepung roti/tepung berprotien tinggi yang biasa digunakan untuk buat roti. Tepung yang aku agak2 boleh jugak dibuat roti adalah tepung superfine. hoho. Rupa2nya, tepung superfine tu gunanya adalah untuk buat kek/pau. Patutla roti ban tut yang keluar dari oven tu.
Untuk resepi kedua pulak, Oreo cheese cake. Hasilnya macam oreo cheese cake kat Secret Recipe tu (maybe better, hekhekhek), cuma ada sikit kekurangan. Kurang menjadik. Hahaha. Cheese cake ku tidak boleh dipotong. Lembik. Sebab? Sama jugak macam resepi pertama tu, salah bahan (again..). Instead of guna gelatin, aku guna serbuk agar2. Sebabnya, aku xjumpa gelatin (yang halal. Carik gelatin Halalgel xjumpa2).
Tapi takpe, aku belum berputus asa. Lain masa boleh cuba lagi. ganbate betteyyyy!!!
Aku malas la nak tepek gmbr kat sini..Nanti ada pulak yang terliur.

Tuesday, April 14, 2009
Monday, March 2, 2009
Bowling Alumni Smach 2009
-28 Februari 2009, pusat bowling Alamanda-
Kejohanan bowling anjuran alumni SMACH cukup meriah dan cukup mengujakan. Ye la, aku siap amik cuit hari Jumaat, semata-mata xmau lewat ke lokasi pertandingan hinggakan menjadi peserta terawal tiba di tempat kejadian. Semangat bangat!
Pemain-pemain lain yang berjaya dihasut untuk sama-sama berkenalan dengan team2 SMACHIAN (mostly seniors) adalah Suria Hazlin, Mas Ayu dan En Fahmi yang dilantik untuk mengepalai pasukan kami.
Team 99, diletakkan di lane nombor 9, bersebelahan team 87, di lane nombot 10. Kami yang amatur agak kecut perut melihat team2 senior yang bertenaga dan profesional. Siap bawak 2 biji bola bowling sendiri tu! Berkilat lagi. (dalam hati berharap, lane 9 utk team 99 bakal membawa tuah dan mencipta sejarah). Tapi, dengan kehadiran penyokong-penyokong setia, kami tetap bertekad untuk menggelek bola jauh dari longkang.
Pada mulanya, kami hanya saling jeling menjeling dan pandang memandang ke arah team senior. Nak tegur masih malu-malu. Lama-lama sikit dah mula senyum-senyum. Akhirnya, sebelum wisel perlawanan bermula, diorang bisik2 kat kitorang. "Jangan main sungguh-sungguh sgt, respek la sket kat team senior, kalo nmpk jauh kami tertinggal tu, slow down la ye...", begitula lebih kurang bunyi ayatnya... ehehehe..
(Fahmi, cepat la post gmbr kat aku, nk wat citer bergambar..baru la bermakna)
Bersambung slps gmbr smpi ke inbox aku...

Subscribe to:
Posts (Atom)