Monday, October 17, 2011

Bila anak kena campak....


Jangan panik. Ini bukan kisah anak kena dera. Tapi anak yang terkena demam campak.

Salah satu petua mudah sebagai tambahan pada petua-petua tradisional yang ada, untuk menghilangkan parut campak pada anak, boleh cuba mandikan dengan Basic H, dan sapukan Herbal Blend. Insyaallah berkesan. Seperti yang dilakukan Roslina.


  Herbal Blend - Multipurpose Cream dari Shaklee.
Pencuci serbaguna Basic H dari Shaklee.


Berminat untuk dapatkan produk Shaklee ini (atau yang lain-lain), boleh hubungi saya melalui emel (tuankalsum[at]gmail.com) atau telefon (019-959 8249).

Monday, September 12, 2011

Cara terbaik puasa 6, sunat Syawal

Berbagai pendapat, pelabagai cara melaksanakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal sebagai pelengkap puasa Ramadhan. 

Mengikut huraian yang diberikan oleh Ustaz Hasan Din Al-Hafiz dalam segmen Tanyalah Ustaz di TV9, pada Hari Raya (ada 3 episod kot yang berkaitan dengan Hari Raya, termasuklah huraian mengenai puasa 6).

Menurut pendapat yang masyhur, pelaksanaan puasa 6 ada 3 cara mengikut susunan.

1. Yang terbaik adalah puasa 6 hari secara berturut bermula pada 2 Syawal. [Dah terlepas 2 Syawal :) ]
2. Yang kedua terbaik adalah puasa 6 hari secara berturut, boleh dimulakan bila-bila masa selagi masih dalam bulan Syawal dan genap 6 hari.
3. Puasa 6 hari, tanpa berturut, selagi masih dalam bulan Syawal.

Cara pertama yang disebutkan di atas adalah selari dengan pendapat Imam Syafie.
Manakala 3 imam mazhab yang lain mempunyai pendapat berlainan -- tak ingat susunan pendapat imam-imam tersebut. Antaranya yang masih lekat dalam kepala ni adalah berpuasa 2 hari  dalam seminggu, 3 minggu dapat la 6 hari.

Turut dihuraikan, bagi perempuan yang ingin mengqadha puasa dan masih mahu melaksanakan puasa sunat, puasa yang mana yang harus di dulukan.

Ustaz Hasan Din menyatakan (dan kemudian Ustaz Zahazan turut memberikan pendapat yang sama), adalah dibolehkan untuk kaum wanita melaksanakan pusa sunat Syawal terlebih dahulu dalam bulan Syawal bersandarkan hujah waktu untuk melunaskan hutang qadha masih panjang. Manakala, jika sudah masuk bulan Rejab/Syaaban adalah wajib menghabiskan puasa qadha sebelum melaksanakan puasa sunat.

Wallahua'lam.


Tuesday, August 9, 2011

Cukup duit, cukup makan, bersyukurlah

Si miskin sakit tidak makan kerana tidak berduit,
Si kaya sakit terlebih makan kerana banyak duit.

Ada yang terus-terusan sakit kerana tak ada duit,
Ada yang sudah sembuh kerana berduit

Ada yang menjadi pencuri kerana hidup terlalu sempit tak berduit
Ada yang lagi galak mencuri walau punya duit berbukit

Ada yang rasa cukup dengan seringgit
ada yang belum puas walau mengumpul duit setinggi langit

Ada yang jadi mulia dan dimuliakan kerana duit
Ada yang jadi hina dan dihina kerana duit

Ada yang berhati tenang walau tak berduit
Ada yang berhati walang kerna banyak duit

Ada yang dipuji kerana duit
Ada yang dikeji kerana duit

Ada yang sanggup memusnahkan orang lain kerana duit,
Ada yang jadi hamba bersyukur dan ada yang jadi kufur kerana duit.

Ramadhan ini, yang berduit perlu menghulur pada yang tak berduit
Walau nilainya mungkin cuma 7 ringgit
Pasti yang menerima bersyukur dengan wang yang dititip
Dengan doa agar dilimpah rahmat yang bukan sedikit

*Kerana nak jimatkan duit sendiri dari beli IPAD2 maka:

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Halen dan Almiraz dan ditaja oleh Adorable Muslimah



Monday, July 4, 2011

Hak untuk membuka aurat

"Ini hak peribadi saya. Saya bebas nak pakai pakaian yang saya suka. Ye, mungkin saya seksi tapi itulah saya. Saya tak mahu jadi hipokrit. Terimalah saya seadanya."

Selalu dengar tak? Boleh terima tak?

Hak? Hak peribadi?

Ye, benar kita ada hak untuk berpakaian ikut suka hati lah kan sebab kita bukan hamba sesiapa. Zaman sekarang, yang ada cuma orang gaji, tapi masih bertaraf 'bebas', belum mencapai tahap abdi. Tak ada dah hamba abdi yang boleh dibuat sesuka hati. Walau sekadar orang gaji, orang gaji pun ada hak nak dapat cuti sehari seminggu sekarang ni.

Ok, berbalik pada hak berpakaian. Saya boleh melihat orang yang berpakaian tapi tak boleh melihat orang telanjang. Hatta kalau memandikan mayat sekalipun, perlu dimandikan dengan teramat berhati-hati jangan sampai terlihat auratnya. -- mayat pun perlu dihormati auratnya, apalagi orang hidup. Kalau orang hidup suka-suka dedah aurat? Soalan tergantung kat situ.

Orang yang menegur bukan menegur kerana biadap, tapi menegur kerana hormat. Hormatkan orang hidup, agar mati nanti lebih terhormat.

Kalau ada orang senang hati berpakaian tapi 'telanjang', maka saya ada hak untuk menegur. (Jangan la cerdik sangat pi jawab, "suka hati saya nak pakai apa pun!". Yang ditegur bukan menegur hak orang  untuk 'bertelanjang' begitu, tapi menegur demi hak saya untuk menjaga pandangan dari melihat aurat orang lain. Hak untuk mejaga mata dan hati dan nafsu sendiri. Hak saya untuk berhati tenang, tanpa ada keluh kesah atau rasa sakit hati atau rasa benci atau rasa mahu mengumpat orang sebegitu. Bukan sekadar hak diri sendiri, tapi menegur untuk hak orang ramai juga. Jadi, sebelum nak jawab "ini hak peribadi saya", tolong lah fikirkan hak orang lain juga!

Hak peribadi atau hak umum yang lebih utama?
Selama ni orang sibuk justify hak yang tak masuk akal - hak peribadi konon! Dalam pada nak justify hak diri sendiri, dalam tak sedar sebenarnya dah mengabaikan hak orang ramai. Hak membuka aurat yang disebut-sebut bukan setakat membahayakan diri sendiri malah membahayakan masyarakat. Oh sedih sungguh.

Buka aurat cuma salah satu contoh 'justifikasi' hak yang tidak kena pada tempatnya.  Justifikasi kebebasan hak individu yang melanggar batas justifikasi Al-Quran dan sunnah.

Dalam bab menutup aurat, walau keseorangan sekalipun, yang paling berhak untuk kita malu adalah pada Allah. Jika berseorangan pun masih tidak boleh telanjang, apa lagi nak telanjang tengah orang ramai. Kalau pun kat rumah, masih tak boleh pakai seluar pendek, sesama kaum keluarga, atau sama jantina, masih wajib menutup aurat.

* Saya cuba melahirkan rasa tak puas hati terhadap kenyataan di baris pertama di atas.

* Disamping itu, saya berharap luahan ini dapat disebarluaskan oleh juri -neyra shazira (nama pun dah glemer ala-ala erra fazira). Luahan yang lahir dari hati sanubari yang paling dalam.

“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh neyra shazira

Monday, June 6, 2011

Hijrah dari t-shirt dan jeans ke jubah dan purdah

Hari-hari belek facebook. Facebook umpama muka yang tak jemu dipandang. Sehari tak buka muka buku memang ada rasa resah gelisah. Apatah lagi kalau sampai berminggu-minggu. Haruslah banyak berita (aka rintihan, status, doa yang bermacam-macam) yang dimuat naik dan tak terkejar untuk dibaca.

Selepas 2 hari berpisah dari facebook, hari ini, saya menjenguk kembali muka buku ini. Tengok status kawan-kawan yang berbagai ragam. Tengok gambar yang bermacam gaya. Namun, saya paling tertarik melihat gambar teman sekuliah, yang berubah 180 darjah! Subhanallah. Dia tampil dengan imej baru. Dulu, dia seorang yang ceria, bergaya macam kebanyakan budak-budak Universiti waktu itu. Berseluar jeans dan t-shirt ke kuliah. Bertudung bawal selempang dan sandal. Sekarang, dia manis berjubah. Serba hitam. Ditambah purdah! Siapa sangka dia berubah. Subhanallah.

Hijrah dari t-shirt ke jubah malah ditambah purdah adalah hijrah yang besar. Saya sendiri tak pernah membayangkan diri sendiri di tahap itu. Seorang kawan sekolah menengah pernah bertanya hal ini. Bicara gadis belasan tahun. Soalnya, bagaimana saya melihat diri saya dalam usia dewasa (tua) dalam konteks berpakaian. Adakah bertudung labuh? Berbaju kurung 24jam sehari? Jawab saya, saya tak pernah membayangkan diri saya bertudung labuh kerana fikir saya, "aku tak sebaik itu dan tak mampu untuk jadi sebaik itu". Ye lah, bagi saya, bertudung tiga segi pun sudah cukup baik dan saya tak ada faktor yang boleh mendorong saya untuk bertudung labuh - melainkan saya ditakdirkan berkahwin dengan lelaki yang mahu isterinya bertudung labuh.

Bayangan saya waktu belasan tahun masih benar. Saya masih seperti dulu, bertudung tiga segi yang ada kalanya disengetkan kiri kanan biar selari dengan fesyen semasa. Tak ada jubah atau tudung labuh apa lagi purdah. Saya berpakaian, menutup aurat sekadarnya saja (masih banyak yang ala kadar dan kurang sebenarnya). Melihatkan hijrah sahabat yang sudah berpurdah ini, tak mustahil sebenarnya untuk berubah ke keadaan terbaik tak kira apa jua kedudukan sekarang.

Jadi, saya membayangkan, walau orang yang kita lihat hari ini ber t-shirt pendek, berbaju singkat, berskirt belah, bertudung pendek, berseluar sendat, tak mustahil untuk kita lihat orang yang sama dalam pakaian yang sopan dan sempurna mengalahkan kita esok hari.

Siapa pun kita, pilihan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik ada ditangan kita kerana kita diberikan hak dari mula. Hak untuk jadi baik dan terbaik adalah hak kita. Tinggal lagi memupuk keberanian untuk menggunakan hak tersebut. Jika dulu, yang selalu disebut adalah iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa. Namun, kita juga perlu ingat, kejahilan juga bukan untuk diwarisi dan diwariskan untuk selamanya.

 

Monday, April 11, 2011

Stretch mark - punca dan cara mengatasi

Sambil-sambil menunggu sang wiraku disental dan dicuci, aku belek-belek majalah lama yang disediakan di tempat menunggu. Bosan juga kalau tunggu lama-lama tanpa berbuat apa-apa. Lalu, satu persatu majalah yang ada aku belek-belek.




Sampai pada satu halaman kesihatan, bertajuk " Kesan regangan pada kulit - bagaimana mengatasinya" ...gitulah lebih kurang bunyinya. Majalah Mingguan Wanita tahun 2004 lagi ni :). Berguna juga walaupun dah lama. Pandai betul tuan punya kedai cuci ni mengeksploitasi bahan bacaan lama.



Ok, apa yang disebut dalam rencana ringkas ini?

Regangan/kulit tegang hingga meninggalkan kesan "stretch mark" pada kulit berpunca dari pembesaran badan yang mendadak. Ia kerap berlaku pada ibu yang sedang hamil. Ia juga berlaku sekiranya wujud ketidakseimbangan hormon dalam badan, kesan pengambilan steroid, dan juga pada mereka yang kekurangan ZINK dalam diet harian.



Cara mengatasi:



1. Amalkan pemakanan seimbang dan lebihkan makanan yang mempunyai zink bagi memperbaiki sel kulit. Juga perlukan makanan yang mempunyai Magnesium dan B6 untuk serapan optimum. Pilihan lain sekiranya susah sangat nak makan makanan yang cukup zink, Mg dan B6, ambillah multivitamin yang mempunyai komponen tersebut.



2. Sapu krim pelembap pada kulit. Kebiasaannya krim yang mengandungi Vitamin E dan C.



3. Banyakkan juga mengambil vitamin C. Vitamin C mengandungi kolagen yang memelihara keanjalan kulit.





Langkah pencegahan:



Mencegah sentiasa beribu kali lebih baik dari merawat. Antara tips yang diberi untuk mencegah kemunculan 'stretch mark' hodoh yang menjadi mimpi ngeri setiap wanita terutamanya adalah:



1. Bagi ibu hamil, amalkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi zink. Ia penting untuk ibu dan baby.

2. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

3. Amalkan pemakanan seimbang, sihat dan berkhasiat untuk mengelakkan penambahan berat badan yang mendadak.

4. Lakukan senaman.

5. Pakai pakaian dalam yang sesuai - tidak terlalu longgar/ketat.



* Shaklee mempunyai Vitalea (multivitamin), Vitamin C, Vitamin E, B-complex, Zink complex yang boleh membantu anda mendapatkan makanan tambahan yang diperlukan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 019-9598249 atau tuankalsum [at]gmail.com.

Harga percubaan serendah RM80 :)

Friday, February 25, 2011

Bagaimana nak bagitahu ibu "Ibu, Saya Mahu Kahwin"

Kring! Kring!

"Hello, apa masalah anda yang boleh saya bantu?".

"Terima kasih kerana sudi dengar masalah saya. Saya ada masalah besar ni. Umur saya dah 33 tahun. Belum berkahwin. Tapi saya dah ada calon yang ingin saya kahwini. Ibu bapa saya tak pernah tanya bila saya nak kahwin sedangkan saya nak kahwin tapi tak tahu macam mana nak bagitahu mak ayah saya. Ada tips tak?".

"OK, masalah besar ni encik. Nak kahwin tapi malu. Calon ada tapi bingung fikirkan cara untuk meluahkan perasaan mahu kahwin pada ibu bapa sendiri. Ok, kita tanya apa pendapat ustazah."

- Ini sebahagian luahan masalah pendengar Sinar FM pagi [Rabu kot] yang kebetulan menjemput Ustazah Siti Nor Bahiyah sebagai tetamu khas di studio. Saya dah olah sikit dialognya.

Dulu-dulu, kawan perempuan saya (my girlfriend) pun ada luahkan perasaan tertekan sebab ibu tak pernah tanya bila nak kahwin sedangkan dia dah ada rasa tergedik-gedik nak kahwin. Kekasih pun macam dah sedia nak dinaikkan pangkat jadi suami.

Ok, dalam kedua-dua kes, tak kira lelaki atau perempuan punya masalah mahu luahkan "Mak, saya mahu kahwin dengan *****,". Malu kerana segan, atau memang spesies pemalu. [bercinta bagai nak rak tu tak malu pula ye!].

Ustazah Bahiyah menjawab:

1. Gunakan bahasa kiasan untuk memberitahu ibu bahawa anda sudah punya calon yang boleh dibuat isteri/suami.

2. Jika tak mampu untuk sampaikan sendiri, gunakan orang tengah dari kalangan keluarga. - Kakak, abang, adik, nenek.

3. Perkenalkan calon isteri/suami secara beransur, ie melalui gambar. Jangan terus bawa calon jumpa ibu bapa secara mendadak kerana kebanyakan ibu tidak suka ada perempuan lain dalam hidup anaknya secara tiba-tiba melainkan ibu pernah tahu dan ikuti perkembangan hubungan anaknya. - Dalam kes ini, ibunya tak pernah tahu akan hubungan anak tersebut dengan calon pilihan hatinya.



Mahu tahu lebih lanjut, cuba tanya pada kakak/abang/Siti Nurhaliza/Ziana Zain atau Ally Iskandar yang baru bertunang tu....

*Kawan saya dah selamat kahwin, nanti saya tanyakan tips dia pulak :).

~Uniknya manusia bila sebahagian besar yang belum berjumpa "teman sejiwa" (soulmate) tertekan kerana sering terkena bedilan soalan "bila nak kahwin? kahwin lambat-lambat nanti susah beranak" , sebahagian kecil yang lain tertekan kerana tidak pernah diusik soalan yang sama.

***********TAWARAN ISTIMEWA PEMBELI FULLPACK SHAKLEE**********************

Hadiah Utama
Product Shaklee bernilai RM1000


Hadiah Bulanan
2 x Fullpack set A
1x Voucher Disc penginapan di Marriot / Renaissance


Apa yang perlu anda lakukan?

1. Anda hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM200 (tidak termasuk kos pos) dalam satu invois menggunakan ID saya 840945 dan layak menyertainya. Ini adalah anjuran GBS - Geng Shaklee Trial Pack.
2. Pembelian melebihi RM400 melayakkan anda mendapat dua cabutan, RM600 untuk 3 cabutan dan seterusnya.
3. Jika anda membuat pembelian secara walk in, pastikan anda membeli di branch yang disahkan oleh Shaklee dan bukan dari mana-mana mereka yang menyimpan stok (Shaklee tidak menyediakan stokis) dan sms kan kepada saya di  019-9598249 atau email tuankalsum[at]gmail.com : Nama , No telefon dan Sales Order No yang ada dalam invois belian.
4. Cabutan bagi hadiah bulanan ialah seramai 3 orang dari senarai pembelian di mana kami menyediakan 2 set untuk Multivitamin, b com dan Vitamin C serta seorang akan memenangi Voucher Disc Percutian/ Penginapan Di Marriot/ Renaissance.
5. Tiada slogan atau soalan yang perlu dijawab.
6. Cabutan akan dibuat setiap bulan dan BERITA HEBAT : Pemenang hadiah bulanan LAYAK untuk menjadi pemenang hadiah UTAMA. Inilah BONUS BERGANDA! Bermakna walaupun anda telah menjadi pemenang hadiah bulanan , anda masih berpeluang memenangi hadiah UTAMA.
7. Lebih banyak pembelian lebih banyak peluang!
8. Punya kekangan untuk membeli vitamin fullpack? Inilah peluang mengajak adik beradik atau opismate anda berkongsi duit dan membeli vitamin bersama. Beli vitamin secara fullpack, dan anda boleh bahagikan kepada rakan / adik beradik yang dikongsi. Mana tahu anda memang? Hadiah juga boleh dikongsikan bersama! Gandakan kegembiraan anda dan adik beradik/rakan kongsi anda!!!!
9. Jangan tunggu lagi. Pernah dengar iklan Peraturan 88: Sukakannya! Gandakannya! Bermula 23 Februari 2011- 30 April 2011.





Sunday, February 20, 2011

Mukjizat laut terbelah Nabi Musa masih wujud di Korea

Percaya atau tidak, mukjizat Nabi Musa masih ada. Laut itu betul-betul terbelah dan menyediakan laluan untuk manusia menyeberang ke sebelah sana.

Kejadian ajaib ini cuma berlaku sekali setahun. Ianya ada di Korea, di sebuah pulau yang diberi nama Pulau Jindo. Subhanallah. Setiap tahun, jambatan 'tanah dasar laut' sepanjang 2.8km terbentuk menghubungkan Pulau Jindo dan Pulau Modo. Kejadian aneh tapi benar ini menarik ratusan ribu pelancong seluruh dunia ke pulau ketiga terbesar di Korea ini.



Credit to google images.



Tuesday, February 15, 2011

Tanda-tanda anda dah tua

Anda dah tua? Tak pasti? Saya juga kadang-kadang keliru. Baru 2 minggu lepas, ketika kawan-kawan berbangsa Cina sibuk membeli persiapan perayaan, saya turut menyibuk menyelit membeli belah bersama-sama. Ada seorang makcik, eh kakak menegur ketika beratur untuk menyerahkan sejumlah wang di kaunter bayaran. "Masih sekolah ye?".

Ah, saya terkedu beberapa saat, menimbang untuk mengia atau menidakkan pertanyaan tersebut. Kemudian, setelah teringat kata-kata ayah, pesan guru dan juga kata-kata kegemaran kanak-kanak zaman dulu "Tipu berdosa!", saya senyum dan menjawab perlahan, "Dah kerja". Komen seterusnya, saya benarkan anda buat andaian dan imaginasi sendiri lah ye.



Mungkin secara luarannya, kebanyakan kita kelihatan muda. Awet muda. Hakikatnya, perasaan dalaman dah beransur 'tua'.



Ya, anda sepatutnya sedar bahawa usia telah beralih ke fasa 'tua' (ikut pengalaman saya yang tua walau kelihatan muda) jika:



1. Anda tak mampu memahami bahasa SMS adik, anak saudara, atau rakan sekerja yang baru tamat belajar. Malah, anda mengambil masa yang lama untuk memahami sebaris SMS.



2. Bahan bacaan yang asyik masyuk yang menceriakan alam remaja tidak lagi mampu dihadam. Ah! Buku-buku Ahadiat Akasyah dan telenovela cinta remaja yang 'gembira-pergi-bertuah' yang berakhir dengan 'mereka hidup bahagia selamanya selepas setahun terikat dalam kahwin paksa' sudah hilang tarikan. Lebih parah dari itu, buku-buku cintan seperti ini memuakkan. Bahan bacaan sekarang lebih ilmiah dan lebih bermanfaat. Pastinya berkisar pada kerjaya, kesihatan, pengurusan kewangan, hartanah, pelaburan, sosiologi, psikologi, agama dan sebagainya yang termasuk dalam bahan bacaan berat. Harga bahan bacaan juga tentulah 'berat' seberat ilmu yang terkandung didalamnya.



3. Lagu-lagu rap yang seolah-olah bercakap juga tidak enak di dengar di telinga. Hati jadi lebih serasi dengan lagu-lagu lama, hinggakan lagu 60-an pun boleh layan. Minda juga jadi terbuka dan 'faham' lagu M. Nasir dan Ramli Sarip. Lagu-lagu P. Ramlee dan Saloma pula kedengaran sangat merdu dan 'bijak'.



4. Anda adalah peminat Radio No. 1 di Malaysia, Sinar FM. [Oleh kerana Sinar FM diangkat menjadi stesen radio nombor satu di Malaysia, agak-agak berapa ramai orang 'tua' di Malaysia sekarang?].



5. Setiap kali sembahyang raya di masjid kampung, adik-adik kecil rakan-rakan sekampung, atau anak jiran sebelah yang anda dukung ketika zaman sekolah rendah/menengah kini sudah berdiri lebih tinggi dari anda di saf yang sama. Malah, mereka bergaya dengan mekap ala artis! Hilang langsung rupa kanak-kanak yang pernah anda cium dan kelek kecik-kecik dulu.



6. Ibu bapa sibuk menghadiri kenduri anak sahabat mereka yang merupakan kawan kepada adik bongsu. Adik bongsu pula bezanya 10 tahun dengan anda.



7. Anda ditegur "Nak naik tingkat berapa makcik?" ketika dalam lif atau "Makcik, duit makcik terjatuh ni" di pasar malam oleh kanak-kanak yang tak dikenali. ~Ini pengalaman saya sendiri. [Makcik dah tua...huhu].



8. Kali terakhir anda menjejakkan kaki ke sekolah menengah adalah 10-15 tahun yang lalu.



Isk, banyaknya tanda tua.







Sunday, February 13, 2011

Ops Valentine sekat Kekasih berkasih sayang?

Ops Valentine yang dipromosi oleh JAKIM adalah langkah mencegah 'pembudayaaan' Hari Kekasih yang kian jadi trend dalam masyarakat Melayu Islam. Walaupun ia tidak dicegah dari awal, namun langkah pertama yang mula diambil JAKIM diharap akan turut diperluas dengan lebih giat pada masa akan datang.
 
Seingat saya, saya mula 'tahu' istilah Valentine dari sumber bacaan - majalah-majalah remaja dan pelbagai media hiburan. Jika diperhati, salah satu cetakan majalah yang diberi perhatian oleh editor adalah edisi Februari yang mengangkat tema 'romantis' sempena meraikan Hari Kekasih. Ia bermula lama dulu, yang seolah-olah mendidik pembaca menerima dan merayakan hari tersebut. Kekasih yang diraikan pula adalah kekasih 'gelap' - yang belum punya status sah dan halal. (saya masih ingat beberapa pasangan selebriti yang pernah ditemuduga sempena hari kekasih di majalah remaja popular ~ lebih kurang 15 tahun dulu). Siap ada cadangan pakaian/solekan/aktiviti/hadiah/tempat untuk menyambut 14 Februari.
 
Melalui promosi di media cetak/massa, masyarakat jadi lebih teruja nak sambut 14 Februari. Tambahan pula, ia melibatkan puak-puak remaja yang memang mudah terpengaruh. Kalau tak sambut karang orang cakap tak ikut trend pula kan? Walau ada sesetengahnya tidak menyambut secara beria-ia hingga tempah restoran 4 bintang, namun sikit-sikit hadiah sempena tarikh ini tetap ada. Mulut kata tak sambut, tapi tetap ada hadiah...camana tuh?
 
Lepas Ops Valentine, harap-harap ada Ops Tahun Baru, Ops Merdeka pula. Perayaan-perayaan ini antara yang menggalakkan pergaulan luar batas remaja lelaki perempuan...

Thursday, February 10, 2011

B12 dan Asid folik untuk ibu mengandung elak spina bifida pada bayi

Jalan-jalan di laman pakcik google, terjumpa artikel menarik di sini. Berkenaan pembedahan prenatal bagi bayi yang mengalami masalah spina bifida. Risiko spina bifida boleh dikurangkan jika ibu yang hamil mengambil B12 [2.4mg minimum] dan asid folik 400 mikrogram, setiap hari!

Jadi, ibu-ibu yang takut makan vitamin dengan alasan takut bayi jadi besar, kena pertimbangkan kesan kekurangan vitamin ini ye :).

~Set A Shaklee [Vit C, B complex (ada B12) dan Vitalea (ada asid folic)] sesuai untuk ibu mengandung.
Bukan untuk ibu mengandung je, yang tak mengandung pun boleh.

Set A boleh dikatakan set yang universal kerana boleh dikongsi semua orang. Kalau saya, beli sorang-sorang, makan ramai-ramai. Saya makan, mak ayah pun makan, adik yang tengah belajar tu pun makan. Jadi, tak perlu susah hati membazir vitamin beli mahal-mahal sebab makan tak habis kerana kongsi-kongsi makan macam ni, mesti habis punya. Sihat bersama-sama kan :).



Thursday, January 27, 2011

Forum Perdana bukan Islam

Sejak kebelakangan ini, Fahrin Ahmad sering muncul di depan mata. Bukan kerana saya tergila-gilakan dia sampai angau, tapi kerana Fahrin asyik muncul sebagai pengacara Forum Perdana.

Kalau perasan, forum malam Jumaat yang biasanya dihadiri penonton bertudung litup dan jejaka tampan bersongkok serta berkopiah telah banyak berubah. Penonton dari pelbagai golongan berpakaian santai. Siap ada hiburan - ala-ala nyanyian pembukaan. Tajuk juga lebih umum, berkisar hal masyarakat. Malam ni tajuknya "buat-buat lupa" aka "kacang lupakan kulit" atau bahasa terus terangnya "bila nak bayar hutang PTPTN?". Luahan PTPTN yang kecewa dengan peminjam yang melarikan diri dari membayar hutang.

Rupa-rupanya ini ekoran dari tajuk acara "Forum Perdana" tanpa "Islam" mengekori dibelakangnya.

Monday, January 24, 2011

20 tips menghilangkan bosan dengan berkesan

Apabila masa luang terlalu banyak, timbul pula masalah untuk mengisi masa tersebut. Pening juga memikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai agar terisi dengan bermanfaat. Mana larat kalau asyik tidur-bangun-makan-tidur-bangun-duduk dalam bilik-masuk dapur-tidur kat ruang tamu-masuk sambung kat bilik lagi.

Antara perkara yang boleh dilakukan jika terasa bosan mengulang kitaran tidur-bangun-makan-tidur-bangun-duduk dalam bilik-masuk dapur-tidur kat ruang tamu-masuk sambung kat bilik lagi.

1. Kemas almari. Sekurang-kurangnya ada baju-baju lama yang boleh dikeluarkan dan menambah ruang almari yang dah padat.

2. Sental bilik air. Sambil-sambil mandi, aktiviti menyental bilik air boleh memberi kepuasan yang tak terucap. Lepas ni, akan rasa lebih bersemangat untuk masuk bilik air kerana dah bersih berkilat dan harum. 

3. Hubungi rakan sekolah menengah. Kenapa? Rakan sekolah menengah adalah rakan zaman remaja. Zaman remaja kan zaman yang paling seronok. Jadi, bertemu/berhubung kembali dengan rakan sekolah menengah akan mengembalikan keseronokan itu.

4. Sental periuk/kuali/cerek.

5. Mop lantai rumah. 

6. Cari hobi baru -- tanam pokok bunga, menjahit, mengait dsb.

7. Baiki sinki tersumbat.

9. Melawat saudara-mara. Tak kira saudara yang kenal rapat atau yang tak berapa rapat.

10. Gunting rambut. Kenapa?? Gunting rambut untuk gaya baru, cuba lari dari kebiasaan untuk hilangkan kebosanan dan rasa...Wahhh, bestnya rambut gaya baru ni, terasa lebih muda ;p. selain itu, kepala yang berat akan terasa lebih ringan.

13. Kutip sampah di pantai. Mulia sungguh buat kerja amal sebegini. Ke arah menghijaukan bumi dengan menjaga kebersihan. (sama seperti usaha pihak pengurusan Shaklee yang mementingkan keselamatan dan kebersihan alam sekitar melalui program "Go Green").

14. Jika anda suka memasak dan suka makan, dan ada orang yang boleh menghabiskan makanan tersebut bersama-sama, cubalah resepi-resepi baru untuk memeriahkan dapur anda. Zaman sekarang, tak perlu susah-susah beli buku resepi atau mengadap ketua chef, semua resepi dah ada di hujung jari. Tinggal petik saja papan kekunci, resepi yang dicari akan muncul berduyun-duyun di laman pakcik Google.

15. Bercuti ke tempat-tempat menarik di sekitar anda. Plan yang tiba-tiba lebih menarik daripada percutian yang telah dirancang lama.

16. Jalan-jalan cari makan.
17. Kumpul barangan lama dalam rumah yang boleh dibuang/di sedekahkan  atau dikitar semula. Setiap dari kita memang ada penyakit suka kumpul barangan-barangan yang sebenarnya tak di guna pun. Penyakit sayang nak buang kotak, kot-kot nak guna nanti, sayang nak buang flyers kot nak rujuk nanti, sayang nak buang baju-baju lama kot boleh diguna sebagai kain buruk nanti. Akhirnya, rumah jadi tong sampah.

18. Melawat rumah anak yatim.

19. Cuba menoreh. (Getah kan mahal sekarang ni).


20. Mengemas peti sejuk. Anda pasti teruja kerana mungkin ada sisa makanan yang dah lama beku dan melebihi tarikh luput.

Ok, cukup 20 tips.

Thursday, January 20, 2011

Tetap fokus untuk berjaya

Hari Thaipusam, hari cuti. Hari cuti adalah hari untuk bersuka ria. Lepak dan santai di rumah. Di kala bersantai, tiba-tiba teringat ada barang yang perlu dipulangkan kepada tuan empunya. Dah seminggu peram barang orang ni.

Tanpa membuang masa, kunci kereta dicapai. Niat mahu segera memulangkan barang tersebut. Sambil memandu, nombor pemilik didail. Sebelah tangan memegang telefon, sebelah tangan tetap di stereng. Panggilan dijawab dan pemilik berkenaan mahu barang itu dipulangkan esok sahaja. Ok, saya setuju. Pada waktu itu, niat hati mahu buat pusingan U dan pulang ke rumah. Sekali, terlepas simpang. Stereng lupa dipusing, lalu kereta bergerak lurus ke depan. Maka, terpaksalah cari simpang kedua untuk buat pusingan U. Malang sekali, ada banyak kereta di sini dan saya terpaksa membelok ke kiri dan cari jalan lain untuk kembali ke jalan mula-mula tadi.

Aduh, akibat hilang fokus semasa memandu menyebabkan saya terlepas 2 simpang. Saya tak berjaya pulang ke rumah melalui jalan terdekat. Terpaksa pula buat satu bulatan besar nak balik ke rumah sendiri.

Dalam melalui kehidupan ini, keadaan yang sama sering berlaku. Hilang fokus dalam mengejar matlamat menyebabkan target yang mahu dicapai jadi lebih sukar dan lama.

Hilang fokus belajar, gagal di pertengahan semester lalu terpaksa mengulang subjek yang sama pada semester akan datang. Orang lain dapat ijazah dalam masa 4 tahun, kita dapat ijazah selepas 6 tahun!

Jika mampu kembali fokus memang kira bernasib baik, yang malang jika hilang fokus selamanya, seperti sesat yang tiada jalan pulang.