Thursday, January 20, 2011

Tetap fokus untuk berjaya

Hari Thaipusam, hari cuti. Hari cuti adalah hari untuk bersuka ria. Lepak dan santai di rumah. Di kala bersantai, tiba-tiba teringat ada barang yang perlu dipulangkan kepada tuan empunya. Dah seminggu peram barang orang ni.

Tanpa membuang masa, kunci kereta dicapai. Niat mahu segera memulangkan barang tersebut. Sambil memandu, nombor pemilik didail. Sebelah tangan memegang telefon, sebelah tangan tetap di stereng. Panggilan dijawab dan pemilik berkenaan mahu barang itu dipulangkan esok sahaja. Ok, saya setuju. Pada waktu itu, niat hati mahu buat pusingan U dan pulang ke rumah. Sekali, terlepas simpang. Stereng lupa dipusing, lalu kereta bergerak lurus ke depan. Maka, terpaksalah cari simpang kedua untuk buat pusingan U. Malang sekali, ada banyak kereta di sini dan saya terpaksa membelok ke kiri dan cari jalan lain untuk kembali ke jalan mula-mula tadi.

Aduh, akibat hilang fokus semasa memandu menyebabkan saya terlepas 2 simpang. Saya tak berjaya pulang ke rumah melalui jalan terdekat. Terpaksa pula buat satu bulatan besar nak balik ke rumah sendiri.

Dalam melalui kehidupan ini, keadaan yang sama sering berlaku. Hilang fokus dalam mengejar matlamat menyebabkan target yang mahu dicapai jadi lebih sukar dan lama.

Hilang fokus belajar, gagal di pertengahan semester lalu terpaksa mengulang subjek yang sama pada semester akan datang. Orang lain dapat ijazah dalam masa 4 tahun, kita dapat ijazah selepas 6 tahun!

Jika mampu kembali fokus memang kira bernasib baik, yang malang jika hilang fokus selamanya, seperti sesat yang tiada jalan pulang.

No comments: