Friday, February 25, 2011

Bagaimana nak bagitahu ibu "Ibu, Saya Mahu Kahwin"

Kring! Kring!

"Hello, apa masalah anda yang boleh saya bantu?".

"Terima kasih kerana sudi dengar masalah saya. Saya ada masalah besar ni. Umur saya dah 33 tahun. Belum berkahwin. Tapi saya dah ada calon yang ingin saya kahwini. Ibu bapa saya tak pernah tanya bila saya nak kahwin sedangkan saya nak kahwin tapi tak tahu macam mana nak bagitahu mak ayah saya. Ada tips tak?".

"OK, masalah besar ni encik. Nak kahwin tapi malu. Calon ada tapi bingung fikirkan cara untuk meluahkan perasaan mahu kahwin pada ibu bapa sendiri. Ok, kita tanya apa pendapat ustazah."

- Ini sebahagian luahan masalah pendengar Sinar FM pagi [Rabu kot] yang kebetulan menjemput Ustazah Siti Nor Bahiyah sebagai tetamu khas di studio. Saya dah olah sikit dialognya.

Dulu-dulu, kawan perempuan saya (my girlfriend) pun ada luahkan perasaan tertekan sebab ibu tak pernah tanya bila nak kahwin sedangkan dia dah ada rasa tergedik-gedik nak kahwin. Kekasih pun macam dah sedia nak dinaikkan pangkat jadi suami.

Ok, dalam kedua-dua kes, tak kira lelaki atau perempuan punya masalah mahu luahkan "Mak, saya mahu kahwin dengan *****,". Malu kerana segan, atau memang spesies pemalu. [bercinta bagai nak rak tu tak malu pula ye!].

Ustazah Bahiyah menjawab:

1. Gunakan bahasa kiasan untuk memberitahu ibu bahawa anda sudah punya calon yang boleh dibuat isteri/suami.

2. Jika tak mampu untuk sampaikan sendiri, gunakan orang tengah dari kalangan keluarga. - Kakak, abang, adik, nenek.

3. Perkenalkan calon isteri/suami secara beransur, ie melalui gambar. Jangan terus bawa calon jumpa ibu bapa secara mendadak kerana kebanyakan ibu tidak suka ada perempuan lain dalam hidup anaknya secara tiba-tiba melainkan ibu pernah tahu dan ikuti perkembangan hubungan anaknya. - Dalam kes ini, ibunya tak pernah tahu akan hubungan anak tersebut dengan calon pilihan hatinya.



Mahu tahu lebih lanjut, cuba tanya pada kakak/abang/Siti Nurhaliza/Ziana Zain atau Ally Iskandar yang baru bertunang tu....

*Kawan saya dah selamat kahwin, nanti saya tanyakan tips dia pulak :).

~Uniknya manusia bila sebahagian besar yang belum berjumpa "teman sejiwa" (soulmate) tertekan kerana sering terkena bedilan soalan "bila nak kahwin? kahwin lambat-lambat nanti susah beranak" , sebahagian kecil yang lain tertekan kerana tidak pernah diusik soalan yang sama.

***********TAWARAN ISTIMEWA PEMBELI FULLPACK SHAKLEE**********************

Hadiah Utama
Product Shaklee bernilai RM1000


Hadiah Bulanan
2 x Fullpack set A
1x Voucher Disc penginapan di Marriot / Renaissance


Apa yang perlu anda lakukan?

1. Anda hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM200 (tidak termasuk kos pos) dalam satu invois menggunakan ID saya 840945 dan layak menyertainya. Ini adalah anjuran GBS - Geng Shaklee Trial Pack.
2. Pembelian melebihi RM400 melayakkan anda mendapat dua cabutan, RM600 untuk 3 cabutan dan seterusnya.
3. Jika anda membuat pembelian secara walk in, pastikan anda membeli di branch yang disahkan oleh Shaklee dan bukan dari mana-mana mereka yang menyimpan stok (Shaklee tidak menyediakan stokis) dan sms kan kepada saya di  019-9598249 atau email tuankalsum[at]gmail.com : Nama , No telefon dan Sales Order No yang ada dalam invois belian.
4. Cabutan bagi hadiah bulanan ialah seramai 3 orang dari senarai pembelian di mana kami menyediakan 2 set untuk Multivitamin, b com dan Vitamin C serta seorang akan memenangi Voucher Disc Percutian/ Penginapan Di Marriot/ Renaissance.
5. Tiada slogan atau soalan yang perlu dijawab.
6. Cabutan akan dibuat setiap bulan dan BERITA HEBAT : Pemenang hadiah bulanan LAYAK untuk menjadi pemenang hadiah UTAMA. Inilah BONUS BERGANDA! Bermakna walaupun anda telah menjadi pemenang hadiah bulanan , anda masih berpeluang memenangi hadiah UTAMA.
7. Lebih banyak pembelian lebih banyak peluang!
8. Punya kekangan untuk membeli vitamin fullpack? Inilah peluang mengajak adik beradik atau opismate anda berkongsi duit dan membeli vitamin bersama. Beli vitamin secara fullpack, dan anda boleh bahagikan kepada rakan / adik beradik yang dikongsi. Mana tahu anda memang? Hadiah juga boleh dikongsikan bersama! Gandakan kegembiraan anda dan adik beradik/rakan kongsi anda!!!!
9. Jangan tunggu lagi. Pernah dengar iklan Peraturan 88: Sukakannya! Gandakannya! Bermula 23 Februari 2011- 30 April 2011.





Sunday, February 20, 2011

Mukjizat laut terbelah Nabi Musa masih wujud di Korea

Percaya atau tidak, mukjizat Nabi Musa masih ada. Laut itu betul-betul terbelah dan menyediakan laluan untuk manusia menyeberang ke sebelah sana.

Kejadian ajaib ini cuma berlaku sekali setahun. Ianya ada di Korea, di sebuah pulau yang diberi nama Pulau Jindo. Subhanallah. Setiap tahun, jambatan 'tanah dasar laut' sepanjang 2.8km terbentuk menghubungkan Pulau Jindo dan Pulau Modo. Kejadian aneh tapi benar ini menarik ratusan ribu pelancong seluruh dunia ke pulau ketiga terbesar di Korea ini.



Credit to google images.



Tuesday, February 15, 2011

Tanda-tanda anda dah tua

Anda dah tua? Tak pasti? Saya juga kadang-kadang keliru. Baru 2 minggu lepas, ketika kawan-kawan berbangsa Cina sibuk membeli persiapan perayaan, saya turut menyibuk menyelit membeli belah bersama-sama. Ada seorang makcik, eh kakak menegur ketika beratur untuk menyerahkan sejumlah wang di kaunter bayaran. "Masih sekolah ye?".

Ah, saya terkedu beberapa saat, menimbang untuk mengia atau menidakkan pertanyaan tersebut. Kemudian, setelah teringat kata-kata ayah, pesan guru dan juga kata-kata kegemaran kanak-kanak zaman dulu "Tipu berdosa!", saya senyum dan menjawab perlahan, "Dah kerja". Komen seterusnya, saya benarkan anda buat andaian dan imaginasi sendiri lah ye.



Mungkin secara luarannya, kebanyakan kita kelihatan muda. Awet muda. Hakikatnya, perasaan dalaman dah beransur 'tua'.



Ya, anda sepatutnya sedar bahawa usia telah beralih ke fasa 'tua' (ikut pengalaman saya yang tua walau kelihatan muda) jika:



1. Anda tak mampu memahami bahasa SMS adik, anak saudara, atau rakan sekerja yang baru tamat belajar. Malah, anda mengambil masa yang lama untuk memahami sebaris SMS.



2. Bahan bacaan yang asyik masyuk yang menceriakan alam remaja tidak lagi mampu dihadam. Ah! Buku-buku Ahadiat Akasyah dan telenovela cinta remaja yang 'gembira-pergi-bertuah' yang berakhir dengan 'mereka hidup bahagia selamanya selepas setahun terikat dalam kahwin paksa' sudah hilang tarikan. Lebih parah dari itu, buku-buku cintan seperti ini memuakkan. Bahan bacaan sekarang lebih ilmiah dan lebih bermanfaat. Pastinya berkisar pada kerjaya, kesihatan, pengurusan kewangan, hartanah, pelaburan, sosiologi, psikologi, agama dan sebagainya yang termasuk dalam bahan bacaan berat. Harga bahan bacaan juga tentulah 'berat' seberat ilmu yang terkandung didalamnya.



3. Lagu-lagu rap yang seolah-olah bercakap juga tidak enak di dengar di telinga. Hati jadi lebih serasi dengan lagu-lagu lama, hinggakan lagu 60-an pun boleh layan. Minda juga jadi terbuka dan 'faham' lagu M. Nasir dan Ramli Sarip. Lagu-lagu P. Ramlee dan Saloma pula kedengaran sangat merdu dan 'bijak'.



4. Anda adalah peminat Radio No. 1 di Malaysia, Sinar FM. [Oleh kerana Sinar FM diangkat menjadi stesen radio nombor satu di Malaysia, agak-agak berapa ramai orang 'tua' di Malaysia sekarang?].



5. Setiap kali sembahyang raya di masjid kampung, adik-adik kecil rakan-rakan sekampung, atau anak jiran sebelah yang anda dukung ketika zaman sekolah rendah/menengah kini sudah berdiri lebih tinggi dari anda di saf yang sama. Malah, mereka bergaya dengan mekap ala artis! Hilang langsung rupa kanak-kanak yang pernah anda cium dan kelek kecik-kecik dulu.



6. Ibu bapa sibuk menghadiri kenduri anak sahabat mereka yang merupakan kawan kepada adik bongsu. Adik bongsu pula bezanya 10 tahun dengan anda.



7. Anda ditegur "Nak naik tingkat berapa makcik?" ketika dalam lif atau "Makcik, duit makcik terjatuh ni" di pasar malam oleh kanak-kanak yang tak dikenali. ~Ini pengalaman saya sendiri. [Makcik dah tua...huhu].



8. Kali terakhir anda menjejakkan kaki ke sekolah menengah adalah 10-15 tahun yang lalu.



Isk, banyaknya tanda tua.







Sunday, February 13, 2011

Ops Valentine sekat Kekasih berkasih sayang?

Ops Valentine yang dipromosi oleh JAKIM adalah langkah mencegah 'pembudayaaan' Hari Kekasih yang kian jadi trend dalam masyarakat Melayu Islam. Walaupun ia tidak dicegah dari awal, namun langkah pertama yang mula diambil JAKIM diharap akan turut diperluas dengan lebih giat pada masa akan datang.
 
Seingat saya, saya mula 'tahu' istilah Valentine dari sumber bacaan - majalah-majalah remaja dan pelbagai media hiburan. Jika diperhati, salah satu cetakan majalah yang diberi perhatian oleh editor adalah edisi Februari yang mengangkat tema 'romantis' sempena meraikan Hari Kekasih. Ia bermula lama dulu, yang seolah-olah mendidik pembaca menerima dan merayakan hari tersebut. Kekasih yang diraikan pula adalah kekasih 'gelap' - yang belum punya status sah dan halal. (saya masih ingat beberapa pasangan selebriti yang pernah ditemuduga sempena hari kekasih di majalah remaja popular ~ lebih kurang 15 tahun dulu). Siap ada cadangan pakaian/solekan/aktiviti/hadiah/tempat untuk menyambut 14 Februari.
 
Melalui promosi di media cetak/massa, masyarakat jadi lebih teruja nak sambut 14 Februari. Tambahan pula, ia melibatkan puak-puak remaja yang memang mudah terpengaruh. Kalau tak sambut karang orang cakap tak ikut trend pula kan? Walau ada sesetengahnya tidak menyambut secara beria-ia hingga tempah restoran 4 bintang, namun sikit-sikit hadiah sempena tarikh ini tetap ada. Mulut kata tak sambut, tapi tetap ada hadiah...camana tuh?
 
Lepas Ops Valentine, harap-harap ada Ops Tahun Baru, Ops Merdeka pula. Perayaan-perayaan ini antara yang menggalakkan pergaulan luar batas remaja lelaki perempuan...

Thursday, February 10, 2011

B12 dan Asid folik untuk ibu mengandung elak spina bifida pada bayi

Jalan-jalan di laman pakcik google, terjumpa artikel menarik di sini. Berkenaan pembedahan prenatal bagi bayi yang mengalami masalah spina bifida. Risiko spina bifida boleh dikurangkan jika ibu yang hamil mengambil B12 [2.4mg minimum] dan asid folik 400 mikrogram, setiap hari!

Jadi, ibu-ibu yang takut makan vitamin dengan alasan takut bayi jadi besar, kena pertimbangkan kesan kekurangan vitamin ini ye :).

~Set A Shaklee [Vit C, B complex (ada B12) dan Vitalea (ada asid folic)] sesuai untuk ibu mengandung.
Bukan untuk ibu mengandung je, yang tak mengandung pun boleh.

Set A boleh dikatakan set yang universal kerana boleh dikongsi semua orang. Kalau saya, beli sorang-sorang, makan ramai-ramai. Saya makan, mak ayah pun makan, adik yang tengah belajar tu pun makan. Jadi, tak perlu susah hati membazir vitamin beli mahal-mahal sebab makan tak habis kerana kongsi-kongsi makan macam ni, mesti habis punya. Sihat bersama-sama kan :).