Monday, September 12, 2011

Cara terbaik puasa 6, sunat Syawal

Berbagai pendapat, pelabagai cara melaksanakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal sebagai pelengkap puasa Ramadhan. 

Mengikut huraian yang diberikan oleh Ustaz Hasan Din Al-Hafiz dalam segmen Tanyalah Ustaz di TV9, pada Hari Raya (ada 3 episod kot yang berkaitan dengan Hari Raya, termasuklah huraian mengenai puasa 6).

Menurut pendapat yang masyhur, pelaksanaan puasa 6 ada 3 cara mengikut susunan.

1. Yang terbaik adalah puasa 6 hari secara berturut bermula pada 2 Syawal. [Dah terlepas 2 Syawal :) ]
2. Yang kedua terbaik adalah puasa 6 hari secara berturut, boleh dimulakan bila-bila masa selagi masih dalam bulan Syawal dan genap 6 hari.
3. Puasa 6 hari, tanpa berturut, selagi masih dalam bulan Syawal.

Cara pertama yang disebutkan di atas adalah selari dengan pendapat Imam Syafie.
Manakala 3 imam mazhab yang lain mempunyai pendapat berlainan -- tak ingat susunan pendapat imam-imam tersebut. Antaranya yang masih lekat dalam kepala ni adalah berpuasa 2 hari  dalam seminggu, 3 minggu dapat la 6 hari.

Turut dihuraikan, bagi perempuan yang ingin mengqadha puasa dan masih mahu melaksanakan puasa sunat, puasa yang mana yang harus di dulukan.

Ustaz Hasan Din menyatakan (dan kemudian Ustaz Zahazan turut memberikan pendapat yang sama), adalah dibolehkan untuk kaum wanita melaksanakan pusa sunat Syawal terlebih dahulu dalam bulan Syawal bersandarkan hujah waktu untuk melunaskan hutang qadha masih panjang. Manakala, jika sudah masuk bulan Rejab/Syaaban adalah wajib menghabiskan puasa qadha sebelum melaksanakan puasa sunat.

Wallahua'lam.