Anda dah tua? Tak pasti? Saya juga kadang-kadang keliru. Baru 2 minggu lepas, ketika kawan-kawan berbangsa Cina sibuk membeli persiapan perayaan, saya turut menyibuk menyelit membeli belah bersama-sama. Ada seorang makcik, eh kakak menegur ketika beratur untuk menyerahkan sejumlah wang di kaunter bayaran. "Masih sekolah ye?".
Ah, saya terkedu beberapa saat, menimbang untuk mengia atau menidakkan pertanyaan tersebut. Kemudian, setelah teringat kata-kata ayah, pesan guru dan juga kata-kata kegemaran kanak-kanak zaman dulu "Tipu berdosa!", saya senyum dan menjawab perlahan, "Dah kerja". Komen seterusnya, saya benarkan anda buat andaian dan imaginasi sendiri lah ye.
Mungkin secara luarannya, kebanyakan kita kelihatan muda. Awet muda. Hakikatnya, perasaan dalaman dah beransur 'tua'.
Ya, anda sepatutnya sedar bahawa usia telah beralih ke fasa 'tua' (ikut pengalaman saya yang tua walau kelihatan muda) jika:
1. Anda tak mampu memahami bahasa SMS adik, anak saudara, atau rakan sekerja yang baru tamat belajar. Malah, anda mengambil masa yang lama untuk memahami sebaris SMS.
2. Bahan bacaan yang asyik masyuk yang menceriakan alam remaja tidak lagi mampu dihadam. Ah! Buku-buku Ahadiat Akasyah dan telenovela cinta remaja yang 'gembira-pergi-bertuah' yang berakhir dengan 'mereka hidup bahagia selamanya selepas setahun terikat dalam kahwin paksa' sudah hilang tarikan. Lebih parah dari itu, buku-buku cintan seperti ini memuakkan. Bahan bacaan sekarang lebih ilmiah dan lebih bermanfaat. Pastinya berkisar pada kerjaya, kesihatan, pengurusan kewangan, hartanah, pelaburan, sosiologi, psikologi, agama dan sebagainya yang termasuk dalam bahan bacaan berat. Harga bahan bacaan juga tentulah 'berat' seberat ilmu yang terkandung didalamnya.
3. Lagu-lagu rap yang seolah-olah bercakap juga tidak enak di dengar di telinga. Hati jadi lebih serasi dengan lagu-lagu lama, hinggakan lagu 60-an pun boleh layan. Minda juga jadi terbuka dan 'faham' lagu M. Nasir dan Ramli Sarip. Lagu-lagu P. Ramlee dan Saloma pula kedengaran sangat merdu dan 'bijak'.
4. Anda adalah peminat Radio No. 1 di Malaysia, Sinar FM. [Oleh kerana Sinar FM diangkat menjadi stesen radio nombor satu di Malaysia, agak-agak berapa ramai orang 'tua' di Malaysia sekarang?].
5. Setiap kali sembahyang raya di masjid kampung, adik-adik kecil rakan-rakan sekampung, atau anak jiran sebelah yang anda dukung ketika zaman sekolah rendah/menengah kini sudah berdiri lebih tinggi dari anda di saf yang sama. Malah, mereka bergaya dengan mekap ala artis! Hilang langsung rupa kanak-kanak yang pernah anda cium dan kelek kecik-kecik dulu.
6. Ibu bapa sibuk menghadiri kenduri anak sahabat mereka yang merupakan kawan kepada adik bongsu. Adik bongsu pula bezanya 10 tahun dengan anda.
7. Anda ditegur "Nak naik tingkat berapa makcik?" ketika dalam lif atau "Makcik, duit makcik terjatuh ni" di pasar malam oleh kanak-kanak yang tak dikenali. ~Ini pengalaman saya sendiri. [Makcik dah tua...huhu].
8. Kali terakhir anda menjejakkan kaki ke sekolah menengah adalah 10-15 tahun yang lalu.
Isk, banyaknya tanda tua.
2 comments:
hahaha! meh aku nok komen so-so point mung di atas..
1) aku stuju sgt! ado skali tu 3,4x baco sms dr spupu aku. gilo xpaham! hahaha (nk bui cth, xdok doh aku delete) hok aku xleh trimo sapa lonih ak @ aq = aku. hukhuk
2) lamo doh ni malas nok baco novel ahadiat akasyah. sbb sero "plawok" banyok dr yg benar. haha.
bacaan ilmiah tu aku behi baco hok dlm paper, sanggup prabih artikel 2 m/s surakkoba utusan!
3) lagu P.Ramlee & Saloma x sero enak lg di dengar. mybe xsapa lvl tu lg. tp bab lagu MNasir tu aku stuju!
4) hahah. sero weh hok nih!
5) ghama doh kanak2 pah salam (xkiro la pah smaye rayo ko salam biaso) cium tange.
6) aku anok bosu. no komen!
7) tok rajin lg weh keno. nitis air mato kalih klu keno gituh. :D
8) *sobsob*
Nor,
Aku terkedu beberapa saat lps kejadian no.7. Tok seko awal benar aku naik pakat jadi mokcik. hahaha.
Post a Comment