"Ini hak peribadi saya. Saya bebas nak pakai pakaian yang saya suka. Ye, mungkin saya seksi tapi itulah saya. Saya tak mahu jadi hipokrit. Terimalah saya seadanya."
Selalu dengar tak? Boleh terima tak?
Hak? Hak peribadi?
Ye, benar kita ada hak untuk berpakaian ikut suka hati lah kan sebab kita bukan hamba sesiapa. Zaman sekarang, yang ada cuma orang gaji, tapi masih bertaraf 'bebas', belum mencapai tahap abdi. Tak ada dah hamba abdi yang boleh dibuat sesuka hati. Walau sekadar orang gaji, orang gaji pun ada hak nak dapat cuti sehari seminggu sekarang ni.
Ok, berbalik pada hak berpakaian. Saya boleh melihat orang yang berpakaian tapi tak boleh melihat orang telanjang. Hatta kalau memandikan mayat sekalipun, perlu dimandikan dengan teramat berhati-hati jangan sampai terlihat auratnya. -- mayat pun perlu dihormati auratnya, apalagi orang hidup. Kalau orang hidup suka-suka dedah aurat? Soalan tergantung kat situ.
Orang yang menegur bukan menegur kerana biadap, tapi menegur kerana hormat. Hormatkan orang hidup, agar mati nanti lebih terhormat.
Kalau ada orang senang hati berpakaian tapi 'telanjang', maka saya ada hak untuk menegur. (Jangan la cerdik sangat pi jawab, "suka hati saya nak pakai apa pun!". Yang ditegur bukan menegur hak orang untuk 'bertelanjang' begitu, tapi menegur demi hak saya untuk menjaga pandangan dari melihat aurat orang lain. Hak untuk mejaga mata dan hati dan nafsu sendiri. Hak saya untuk berhati tenang, tanpa ada keluh kesah atau rasa sakit hati atau rasa benci atau rasa mahu mengumpat orang sebegitu. Bukan sekadar hak diri sendiri, tapi menegur untuk hak orang ramai juga. Jadi, sebelum nak jawab "ini hak peribadi saya", tolong lah fikirkan hak orang lain juga!
Hak peribadi atau hak umum yang lebih utama?
Selama ni orang sibuk justify hak yang tak masuk akal - hak peribadi konon! Dalam pada nak justify hak diri sendiri, dalam tak sedar sebenarnya dah mengabaikan hak orang ramai. Hak membuka aurat yang disebut-sebut bukan setakat membahayakan diri sendiri malah membahayakan masyarakat. Oh sedih sungguh.
Buka aurat cuma salah satu contoh 'justifikasi' hak yang tidak kena pada tempatnya. Justifikasi kebebasan hak individu yang melanggar batas justifikasi Al-Quran dan sunnah.
Dalam bab menutup aurat, walau keseorangan sekalipun, yang paling berhak untuk kita malu adalah pada Allah. Jika berseorangan pun masih tidak boleh telanjang, apa lagi nak telanjang tengah orang ramai. Kalau pun kat rumah, masih tak boleh pakai seluar pendek, sesama kaum keluarga, atau sama jantina, masih wajib menutup aurat.
* Saya cuba melahirkan rasa tak puas hati terhadap kenyataan di baris pertama di atas.
* Disamping itu, saya berharap luahan ini dapat disebarluaskan oleh juri -neyra shazira (nama pun dah glemer ala-ala erra fazira). Luahan yang lahir dari hati sanubari yang paling dalam.
“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh neyra shazira”
5 comments:
cool! Good Luck!
itulah gunanya blog kan? medan melahirkan pandangan :) good luck!
Thanks Mommy fara and Syigim :)
salam...
saya satu group dgn awak..good luck yer
saya datang :)
Post a Comment