Sunday, June 13, 2010

Skirt kembang

Apa aktiviti yang boleh dilakukan di hari minggu di waktu cuti sekolah? Kalau ada yang menjemput ke kenduri, ok gak. Boleh makan nasi kenduri. Nasi kenduri ni, yang paling sedap adalah yang dimasak secara gotong-royong, atau dipanggil "bekwoh" dalam bahasa Jerman Malaysia (kelate la tuu..).

Memandangkan tak ada jemputan minggu ni, terpaksa cari aktiviti lain yang boleh mendatangkan kepuasan dan kegembiraan untuk diri sendiri. Cara untuk menggembirakan diri sendiri adalah dengan menggembirakan orang lain.

Insan terpilih untuk digembirakan adalah adinda tercinta. Si kecik yang dah makin membesar. Ermm...dah besar dah adik kecik, dah macam anak dara dah :)

Dah pandai "berjangok". Nak pakai baju yang cantik-cantik. Kain yang kembang-kembang.
Dengan baik hati (dan senang hati), kak long jahitkan skirt baru dari lebihan kain yang ada, agak kembang jugak. Harap-harap padan la.



Senang je nak jahit. Potong 2 kepingan kain, satu panjang dan satu pendek. Yang panjang boleh dibuat ropol-ropol. Kemudian cantumkan, pasang getah--dah pun siap. Tak sampai sejam dah setel.

Aktiviti jahitan yang pertama setelah berhenti menjahit sekian lama. Mesin pun dah berhabuk. Fuh fuh...habuk-habuk degil.

Lepas ni, nak merajinkan diri menggerakkan mesin dengan tempahan baju kurung pulak.
Amaran: tempahan tertutup kepada yang bersedia dengan syarat-syarat yang dikenakan. :o

Syarat 1: Tak boleh komplen kain senget.
Syarat 2: Tak boleh komplen baju besar.
Syarat 3: Tak boleh komplen lengan baju panjang sebelah.
Syarat 4: TAT untuk setiap pasang baju 3-4 minggu . Hehehe


Kesimpulan:
Tiada tempahan diterima buat masa sekarang.

3 comments:

a m l y n y x said...

wow. xsmapi sejam suda setle!! cayalah! aku staro ko nk kerat kain pun lebih dh sejam. hahah

zailamohamad said...

tolong jahitkan ko Ameera soa;)

~masalifah~ said...

nor: aku tok wi stetmen detail tu. mu patut pk, ayat hok aku nk tulis sbenarnya, "tak sampai sejam dah setel ptong kain"
hehehe..jgn tertipu deh Nor.

Mokla: bui la kain...