Isteri-isteri jelitawan yang bersusah payah menguruskan rumah tangga dengan ikhlas dan sabar, tahniah kerana anda berjaya mengikhlaskan diri dan bersabar. Bukan senang nak sabar apatah lagi nak ikhlas.
Sesekali ikhlas dan sabar itu dibalas dengan hadiah, mesti best kan? Apa lagi dari suami sendiri. Yang dicintai semestinya. Haaa...ni ada tips yang dikongsi.
Sebenarnya, ni tips kalau barang hilang. Tapi bolehlah diguna pakai kalau nak barang yang hilang tu diganti suami. Diganti dengan nama hadiah.
Apabila kehilangan sesuatu dari kita, tak kira barang berharga, orang tersayang atau apa saja. Ucaplah Innalillahiwainna ilaihi ro ji'un....dan juga:
Maksudnya: Ya Allah ganjarkan atas musibah ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik.
Sepertimana Ummu Salamah yang kehilangan suami yang dicintai, lalu diganti untuknya suami yang lebih baik. Beliau dipinang oleh Rasulullah SAW. Suami terbaik sepanjang zaman.
Bertuah kan jadi orang Islam, datang perkara buruk/musibah, jika bersabar ada ganjarannya. Jika diberi nikmat dan rezeki lalu kita bersyukur juga ada ganjarannya. Sememangnya Allah Maha Pemurah. Asyik nak bagi ganjaran je pada hamba-hambanya. Tak kira dalam apa jua keadaan. Asalkan tidak berputus asa dari rahmat Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
*Lepas ni boleh la kalau hilang barang, ucaplah doa di atas (depan suami). -- Gurauan Ustaz Ebit Liew. Selamat mendengar ke akhirnya.
No comments:
Post a Comment